Wednesday, November 29, 2006

Ikhwah tercinta.

Akhi,

Dikala ku bersedih, kau hadir disisi

Meniup semangat, mengingatkan itu tarbiyah Ilahi

Dikala ku gembira, kau jua mengingatkan

“Jangan lihat kemanisan selepas pengorbanan sebagai satu kemenangan”

“Kerana ia mungkin satu ujian”…

Akhi,

Apakah hati ini ikhlas?

Perasaan yang mendiam dalam diri,

Mengasihi sepenuh hati..

Haraplah benar segalanya kerana Ilahi..fillah..insyaAllah ~

Maafkan diri yang lemah ini, andai ada kesilapan..

Yang mungkin hasil dari bisikan syaitan,

Mahupun dari segala kekurangan dan kelemahan..

Terkadang ianya di luar kawalan diri yang lemah dan hina ini..

Wahai Tuhan kami,

Izinkan kami bertemu lagi

Di jannahMu yang indah nan abadi

Jangan tinggalkan walau salah seorang dari kami…

(Akhafullah_87)

No comments: